Anggaran hidangan: 1 tin kek, boleh simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama
Bahan-bahan Kering:
- 320 g tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam halus
Gaul rata dan ayak bahan-bahan kering.
Bahan-bahan Lain:
- 320 g mentega
- 200 g gula perang halus (soft brown sugar)
- 6 biji telur gred A
- 2 sudu kecil pes oren
- 2 biji oren
- 400 gram buah campuran kering (mix dried fruit)
Cara-cara:
- Mula dengan parut kulit buah oren, ambil bahagian warna oren sahaja. Jangan parut bahagian putih nanti terasa pahit.
- Kemudian belah dua buah oren dan perah jusnya (Pastikan bijinya dibuang).
- Panaskan oven pada suhu 170°C, gris tin kek (8 inci x 8 inci x 3 inci) dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Gris juga kertas tadi. Ketepikan.
- Campurkan mix dried fruit (asingkan sedikit untuk hiasan) dan jus oren. Kacau dan perap sekejap.
- Menggunakan mixer, putar mentega dan gula perang sehingga gula larut dan sebati.
- Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang.
- Tambah parutan kulit oren dan pes oren. Putar sebati.
- Perlahankan kelajuan, masukkan bahan-bahan kering berselang seli dengan mix dried fruit tadi, buat hingga siap.
- Matikan mixer dan gaul sekejap dengan spatula agar semua rata.
- Tuang dalam tin kek dan tabur rata mix dried fruit yang diasingkan untuk hiasan tadi.
- Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak, bergantung pada oven masing-masing.
- Jika kek belum masak tapi permukaannya kelihatan perang, tutup permukaan tin kek dengan aluminium foil dan bakar sekejap lagi. Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek. Kalau keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
- Keluarkan dari oven. Biarkan 15 minit, kemudian boleh dikeluarkan dari tin.
- Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
Leave A Comment