Anggaran hidangan: 4-5 blok kek lapis

Bahan-bahan A:

  • 250 g mentega
  • 130 g gula kastor
  • 14 biji kuning telur gred A
  • 5 sudu besar susu pekat manis

Bahan-bahan B:

  • 130 g gula kastor
  • 7 biji putih telur
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar

Bahan-bahan C:

  • 160 g tepung Hong Kong
  • 40 g horlick
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan C disatukan dan gaul rata.

Bahan-bahan Lain:

  • Mentega cair secukupnya untuk disapu pada lapisan kek

Pes coklat:

  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 3 camca besar air panas
  • 1/2 camca teh coklat emulco

Campurkan dan kacau rata.

Warna hijau pudina:

  • 1/4 camca teh pewarna hijau
  • 10 – 12 titik perisa pudina (Jangan letak banyak sangat, sekadar aroma sahaja)

Gaul rata pewarna dan perisa pudina.

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175°C, gris tin (8 inci x 8 inci x 3 inci) dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, gris juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Bahan-bahan A: Menggunakan mixer, putar mentega, susu pekat manis hingga sebati, masukkan gula dan putar hingga berkrim.
  3. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan terus memutar hingga kembang dan gebu.
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan-bahan C sedikit demi sedikit dan putar sebati. Ketepikan.
  5. Bahan-bahan B: Dalam mangkuk adunan yang lain, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih.
  6. Masukkan gula kastor dan putar hingga pekat dan bertanduk.
  7. Gaul bahan-bahan B ke dalam bancuhan kuning telur hingga rata dan sebati.
  8. Bahagi kepada dua bahagian sama banyak, satu diletak pes coklat dan satu lagi pewarna hijau pudina. Kacau rata.
  9. Tukar api oven pada fungsi grill (api atas). Panaskan acuan 1-2 minit dalam oven.
  10. Keluarkan dan sudukan 5 camca besar bancuhan coklat, ratakan dan bakar 5 – 7 minit hingga perang (Jangan terlalu gelap, nanti kek kering).
  11. Tekan perlahan permukaan kek dengan penekan kek lapis. Jika ada gelembung udara, cucuk dulu dengan lidi sate. Sapu dengan mentega cair dan lapis sekali lagi dengan adunan coklat.
  12. Bakar hingga masak dan lakukan proses yang sama. Kemudian baru dilapis dengan bancuhan hijau.
  13. Setiap warna dibakar 2 lapisan, tekan perlahan setiap lapisan dan sapu mentega cair. Untuk lapisan terakhir, bakar guna api atas dan bawah selama 15 minit.
  14. Jika permukaan kek cepat perang, tutup dengan aluminium foil. Bila kek masak, keluarkan dari tin dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.