Anggaran hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 genggam taugeh, dibersihkan dan tos
  • 1/2 genggam daun saderi, dipotong
  • 1 1/2 cawan air, kurang lebih (Tuang sedikit demi sedikit supaya adunan tak terlalu pekat atau cair)
  • 3/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3/4 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 20 ekor udang Vanamei 60/70, saiz sederhana

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali bawang dan udang ke dalam mangkuk besar.
  2. Kacau rata adunan dan tutup mangkuk dengan plastik cling.
  3. Biarkan selama 45 minit.
  4. Cuci udang dengan bersih, kerat muncung yang tajam dan buang janggut.
  5. Selepas 45 minit, campurkan bawang besar dan udang ke dalam adunan.
  6. Panaskan minyak untuk goreng. Kemudian goreng adunan cucur udang.
  7. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, balik-balikkan agar masak sekata.
  8. Bila dah masak, angkat, toskan minyaknya.
  9. Potong dan susun atas dulang atau pinggan yang dialas dengan tisu dapur.